Selasa, 23 Disember 2008

aku jatuh cinta untuk tahun yang ketujuh

Beberapa jam lepas aku menonton filem YES MAN. kesimpulannya aku puas menonton kali ni. aku seronok dengan lawak jim carrey dan semestinya jatuh cinta lagi dengan zooey deschanel. jarang aku menonton di wayang. dalam setahun boleh di kira dengan sebelah tangan. tapi disebabkan zooey deschanel aku sanggup je ringankan bontot. first time aku suka dia ni time aku form 2 kalau tak silap. masa tu dia berlakon cerita the new guy. terus jatuh cinta. lepas tu aku follow beberapa filem yang dia berlakon seperti the good girl, the go getter, elf, almost famous dan lain-lain. fuh. cute gila kot dia ni.

kau tahu tak, ni je la lagu yang aku dengar sepanjang 3 hari aku bersuka-ria kat port dickson. rasa macam lama gila tak dengar. last-last boleh ada kat mp3 kawan aku. ketagih beb.




*terima kasih kat paan sebab hadiahkan aku cd efek rumah kaca. ko memang tau je taste aku.

Tiada ulasan: