Ahad, 28 Disember 2008

tulisan kosong

tak perlu terlalu laju, nanti tertinggal.

tak perlu terlalu ego, nanti tertindas.

Khamis, 25 Disember 2008

addicted

I'm working on my new fixed gear bike.

ketagihan yang melampau.

Selasa, 23 Disember 2008

aku jatuh cinta untuk tahun yang ketujuh

Beberapa jam lepas aku menonton filem YES MAN. kesimpulannya aku puas menonton kali ni. aku seronok dengan lawak jim carrey dan semestinya jatuh cinta lagi dengan zooey deschanel. jarang aku menonton di wayang. dalam setahun boleh di kira dengan sebelah tangan. tapi disebabkan zooey deschanel aku sanggup je ringankan bontot. first time aku suka dia ni time aku form 2 kalau tak silap. masa tu dia berlakon cerita the new guy. terus jatuh cinta. lepas tu aku follow beberapa filem yang dia berlakon seperti the good girl, the go getter, elf, almost famous dan lain-lain. fuh. cute gila kot dia ni.

kau tahu tak, ni je la lagu yang aku dengar sepanjang 3 hari aku bersuka-ria kat port dickson. rasa macam lama gila tak dengar. last-last boleh ada kat mp3 kawan aku. ketagih beb.




*terima kasih kat paan sebab hadiahkan aku cd efek rumah kaca. ko memang tau je taste aku.

Rabu, 17 Disember 2008

kelab malam

Semalam semasa dalam perjalanan ke acara gig ringkas hatkor aku dan adik-adikkun sempat bercerita tentang laila's lounge. ya, aku meminati band ni semenjak mereka di review oleh majalah skateboarding lokal beberapa tahun lepas. alunan muzik mereka saling tak tumpah seperti radiohead. aku juga suka dengan lirik-lirik lagu dorang ni. aku ingat lagi dj utt menyatakan band ini adalah radiohead malaysia semasa acara OUX Play di bumbung sungai wang beberapa hari lepas. meremang bulu roma aku seketika.

pagi tadi aku dapat tahu yang mereka telah pun berpecah. rasa agak sedih juga. susah untuk melihat band yg bergenre sedemikian di malaysia. well, good luck guys.

saya tak pandai menari hatkor

Malam tadi aku ke acara gig ringkas di melaka yang dimainkan oleh beberapa band hatkor, grunge dan indie tempatan sempena kedatangan band hatkor dari california. memang jarang genre hatkor mendapat sambutan di melaka tapi apa yang terjadi malam tadi adalah sebaliknya sampaikan ada yang memakai baju community. sesuatu yang tidak dijangka. aku terlepas band yang nak sangat aku tengok. mereka memainkan muzik ala-ala arcade fire dan broken social scene iaitu khottal. dengar cerita band ini menarik sehinggakan vocalis band hatkor dari california pon mengucapkan awesome semasa ingin memulakan set.

kesimpulannya, apa yang aku dapati muka aku telah dihenyak oleh seorang penari hatkor dan kuku ibu jari aku patah sedangkan aku hanya berdiri di tepi sambil menganggukkan kepala mengikut rentak muzik.

esok aku nk beli kasut new balance atau saucony kat bundle. bersiap sedia la korang.



Isnin, 15 Disember 2008

bersih

Aku dah kemas. dah sapu bersih. yang mana patut kena buang semua dah takde. sedap je mata nak pandang. sejuk