Rabu, 17 Disember 2008

saya tak pandai menari hatkor

Malam tadi aku ke acara gig ringkas di melaka yang dimainkan oleh beberapa band hatkor, grunge dan indie tempatan sempena kedatangan band hatkor dari california. memang jarang genre hatkor mendapat sambutan di melaka tapi apa yang terjadi malam tadi adalah sebaliknya sampaikan ada yang memakai baju community. sesuatu yang tidak dijangka. aku terlepas band yang nak sangat aku tengok. mereka memainkan muzik ala-ala arcade fire dan broken social scene iaitu khottal. dengar cerita band ini menarik sehinggakan vocalis band hatkor dari california pon mengucapkan awesome semasa ingin memulakan set.

kesimpulannya, apa yang aku dapati muka aku telah dihenyak oleh seorang penari hatkor dan kuku ibu jari aku patah sedangkan aku hanya berdiri di tepi sambil menganggukkan kepala mengikut rentak muzik.

esok aku nk beli kasut new balance atau saucony kat bundle. bersiap sedia la korang.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nanti kita berdancing sama2 yea!

aku ada baju bane ngan bj wallofjericho nnti aku bg ko pinjam la satu

aku berkata...

kat mogwai nnt kita 2-step ok